Latihan

Soalan 1:

Apakah tujuan memasak makanan?

A. untuk memenuhi masa lapang

B. untuk menyedapkan rasa makanan

C. untuk menjimatkan masa makan

D. untuk mengekalkan nutrien dalam masakan

Soalan 2:

Mengapa minyak memercik ketika menggoreng makanan?

A. kuali tidak cukup kering

B. kuali tidak cukup besar

C. makanan yang digoreng terlampau kering

D. api yang digunakan kurang panas

Soalan 3:

Makanan manakah yang sesuai dimasak dengan kaedah membakar?

I. roti

II. kek buah-buahan

III. ketulan ikan dan daging yang kecil

IV. ketulan daging dan ikan yang besar

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II, III dan IV

Soalan 4:

Antara yang berikut, manakah yang makanan basah?

I. cili merah

II.ikan parang

III. sayur kangkung

IV. kicap cair

A. I, II dan III

B. I, III dan IV

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV

Soalan 5:

  • sosej
  • kelapa
  • kacang tanah

Apakah kaedah yang digunakan untuk memasak masakan di atas?

A. mengukus

B. menggoreng tohor

C. menggoreng kering

D. menggoreng dalam minyak banyak

Soalan 6:

Antara makanan berikut, manakah yang dimasak dengan kaedah mengukus?

A. kerisik

B. telur dadar

C. pisang goreng

D. kuih lompang

Soalan 7:

Cara memasak manakah yang dapat mengekalkan nutrien makanan?

A. mengukus

B. membakar

C. merebus

D. menggoreng

Soalan 8:

Makanan manakah yang dimasak secara menggoreng minyak penuh?

I. kuih badak

II. pisang goreng

III. telur dadar

IV. karipap

A. II dan III

B. III dan IV

C. I, II dan IV

D. I, II, III dan IV

Soalan 9:

Mengapakah makanan perlu disadur sebelum digoreng?

I. untuk mengekalkan nilai nutrien

II. untuk memasak dengan lebih cepat

III.untuk mengelakkan makanan pecah

IV untuk mengelakkan makanan daripada hangus

A. I dan III

B. I dan IV

C. I, II dan III

D.II, III dan IV

Soalan 10:

Antara amalan yang berikut, manakah yang perlu diikuti?

I. memakai pakaian yang bersih

II. memegang makanan dengan tangan

III. selalu mencuci tangan

IV. sentiasa mengelap makanan yang tumpah

A. I, II dan IV

B. I, III dan IV

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV

Jawapan :

1. D     2. A     3. B     4. A     5.B     6.D     7.A     8.C     9.A     10.B